Sunday, September 10, 2017

Published September 10, 2017 by Administrator with 0 comment

Konvoi Ride Seri Iskandar ke Cameron Highland

Program santai ride to Cameron Highland bersama rakan sepejabat. Antara yang terlibat dalam program ini ;
  1. Dino - y15zr
  2. Aku - Honda Dash
  3. Memei - yamaha 135 lc
  4. Khalaili - Sym
  5. Arip - 135lc
  6. Fakrul - kriss
  7. Kimi - yamaha fz150
  8. Pak Tua - yamaha fz150
Seperti yang di rancangkan pada Sabtu 9 September 2017, kami perlu berkumpul di Petron Simpang Pulai jam 7.00 pagi kerana ada yang datang dari Ipoh, Tapah dan Seri Iskandar. Sambil menunggu kami singgah di kedai minum yang berhampiran untuk minum pagi.

Setelah semua telah berkumpul kami mula bergerak melalui laluan Simpang Pulai. Pergerakan kami adalah secara kumpulan.




Destinasi pertama yang kami tujui ialah ladang teh Boh Sungai Palas. Pak Tua dan Kimi tidak naik, jadi hanya menunggu di motor sahaja...manakala kami berenam sahaja yang naik.

Aktiviti di sini kami cuma bergambar dan melayan secawan dua teh o sambil melihat permandang ladang teh yang terbentang hijau.. Dengan kesegaran aroma teh.. dapatlah kami mengurangkan kesejukan pada ketika ini.









Menjelang tengahari perut mula terasa lapar...jadi kami singgah di Restoran Abang.. Aku lihat azmil sudah mengeletar (mungkin masa  utk dia mkn ubat)... kami memilih menu mengikut selera masing-masing.

Aku memesan nasi ayam berempah bersama milo ais... Bila perut dah lapar apalagi.. semua jadi sedap. Lepas makan aku membeli 2 botol jem strawberi disitu juga untuk dibawa sebagai buah tangan.





Read More
      edit