Sunday, January 14, 2018

Published January 14, 2018 by Administrator with 1 comment

Trip Kelong Kg Baharu Lumut

Kali ini aku kongsikan pengalaman aku bersama rakan2 memancing di kelong Kg Baharu yang terletak di sekitar Jambatan Bainun.

Kelong ini dimiliki oleh En Megat.. dimana boleh memuatkan seramai 10 hingga 12 orang dalam satu2 masa. Jadi kami mula mengumpul ahli supaya dapat menyewa satu kelong.. Bila ahli group telah cukupi sepuluh orang.. kami menghubungi en Megat untuk menempah kelong iaitu RM500.00 untuk sebuah kelong.

Seperti masa yang dijanjikan.. kami bergerak ke jeti kampung baru untuk menaiki bot jam 2.00 petang. Masalah timbul apabila kami telah tersilap menaiki bot pengusaha kelong lain. Bila menyedari kelong yang kami sampai agak kecil dan sempit.. kami menelefon semula en.megat. beliau kemudian menghantar bot untuk mengambil kami. Jadi masa untu kami memancing juga agak terlewat.



Sedikit info kelong Kg. Baharu.. kebersihan kelong agak mememuaskan dan kelihatan bersih. Disediakan juga dapur masakan serta pinggan dan cawan. Terdapat 2 tong besar air bersih dan 1 botol air masakan. Lampu juga berfungsi menggunakan generator.. dan yang penting terdapat 2 bilik untuk berehat dan solat.



Bila jejak sahaja kaki di kelong.. kami mula menyiapkan senjata pertempuran masing2 bagi merebut tempat yang terbaik. Menurut en. Megat kawasan yang molek adalah menghadap ke arah jambatan kerana disitu terdapatnya terumbu. Manakala aku memancing di ruang dapur kelong.



Lain padang, lain pula belalang.. pelbagai teknik di tunjukkan bagi mendapatkan hasil yang tebaik.. cuma kita hanya merancang.. Allah juga lah yang menentukan dan rezeki yang kami perolehi tetap di syukuri walaupun pemburuan siakap tidak berjaya.




Tak sah kalau tidak merakamkan gambar kenang, sebelum balik kami sempat bergambar bersama ahli komplot untuk diabadikan sebagai memori yang indah.. harap dapat berkumpul lagi di lain waktu..


Read More
      edit