Pertemuan kami di RNR Sungai Perak.. group dari Seri Iskandar sampai awal kemudian diikuti group dari Ipoh.. seterusnya kami bersarapan mengalas perut di gerai nasi lemak yang terletak diluar kawasan rnr tersebut, aku hanya bersarapan dengan roti canai kosong bersama segelas nescafe ais. Setelah semua selesai kami mula bergerak jam 10.00 pagi.
Destinasi pertama yang kami tujui ialah Muzium atau Kota Ngah Ibrahim.. dikesempatan ini kami terus menjengah kedalam muzium sambil melihat sejarah bermulanya perusahaan bijih timah serta pergolakan antara puak Gee Hin dan Hai San yang membawa campurtangan Inggeris. Cuaca juga panas terik.. jadi kami tidak lama disini.. perut pun sudah lapar
Di Kuala Sepetang sebenarnya terdapat banyak gerai yang menjual mee udang... Antara yang popular adalah mak jah, mak teh dan lain boleh cari di google. Misi kami untuk menyinggah di gerai mee udang Port Weld atau dikenali mee udang salleh yang terletak betul2 di pekan Port Weld.
Di gerai ini pelanggan boleh memilih saiz udang yang dari kecil sampai ke saiz udang galah. Harga adalah berbeza mengikut saiz udang.
Gambar di sebelah kiri adalah saiz udang sederhana yang harganya rm15.00 manakala sebelah kanan adalah mee udang bersaiz kecil rm8.00.
Selepas kami selesai santapan mee udang Port weld.. tak sah kalau tak pusing pekan taiping. Di sini kami hanya meronda2 dikawasan lake garden sambil-sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Oh ya sebelum balik aku sempat tapau kiewtiau goreng doli untuk keluarga dirumah.
0 comments:
Post a Comment