Thursday, October 12, 2017

Published October 12, 2017 by Administrator with 1 comment

Misi memancing di sekitar Marina Lumut

Trip kali ini bersama otai Zulmetall dan anaknya Syafiq dengan misi mencari ikan di perairan Marina Lumut, Perak. Bergerak dari Seri Iskandar kemudian singgah minum di restoran biriani sambil menghirup segalas nescafe..

Kami menaiki bot di jeti Teluk Muroh yang dipandu oleh tekong Abg Asian seawal 8.00 pagi. Kalau di ikutkan ini adalah trip kali kedua aku kesini, namun masih bimbang pengalaman kalau2 mabuk lagi oleh alunan ombak laut..


Berbekalkan umpun2 dan udang mati kami memulakan misi di hadapan teluk batik seterusnya dikawasan jeti vale. Disini kebanyakan ikan yang kami perolehi adalah gerut2 dan ikan bolos. Teknik yang kami gunakan adalah pancingan dasar dengan menggunakan perambut 2 mata dan  ladung bersaiz antara 1 dan 2. Manakala peralatan memancing bersaiz ringan.


Zulmetall bersama ikan bolos


Menurut abang asian harga ikan bolos sekarang yang ditolak kepada peraih mencecah 21 ringgit berbanding dahulu yang nilainya agak murah. Mungkin nasib kami baik.. kerana tarikan ikan bolos banyak kali ini.


Antara hasil lain yang kami perolehi disini ialah ikan tanda, kerapu, daum baru serta ikan sebelah. Joran aku mengena henjukan kuat.. yang akhirnya dapat menaikan ikan baji yang bersaiz sekilo lebih.


Syafik dengan ikan sebelah

Menjelang tengahari kami berpindah ke port sekitar marina.. lokasi berdekatan dengan rock bound chalet. Rock bound chalet merupakan lokasi chalet berkonsepkan aktiviti memancing dimana terdapatnya perlantar untuk aktiviti memancing.. Mungkin satu hari, aku ingin mencuba menginap di chalet ini bersama keluarga. 



Aku bersama dengan ikan tanda.. kali ini agak sukar juga untuk mendapatkan ikan yang bersaiz sederhana.



Alhamdulillah.. rezeki hasil tangkapan anak-anak ikan untuk di bawa pulang. semoga bertemu lagi di coretan yang lain..
      edit

1 comment: