Salam pembaca. Kali ini ada nak cerita tentang motosikal baru dibeli iaitu yamaha Y16zr abs pada pertengahan Mac 2024. Dah masuk beberapa bulan jugak aku pakai Yamaha Y16ZR ABS ni, dan serius aku cakap, memang puas hati! Sebelum ni aku pernah jugak guna motor lain Honda Dash 110 tapi bila naik Y16ZR ABS ni, terus rasa lain macam. Lagi-lagi sebab dia ada ABS, memang rasa confident habis bila bawa.
First sekali, yang buat aku jatuh hati dekat motor ni – mestilah rupa dia. Design dia tajam, garang, dan nampak sporty. Lampu depan belakang semua LED, terang elok waktu malam. Boleh kata, memang motor ni ada aura tersendiri.
Dengan enjin 155cc VVA, memang terasa power dia. Nak potong kereta? Senang. Nak bawa laju kat highway? Steady. Aku selalu ulang-alik kerja dengan motor ni, dan kadang-kadang bawak ride jauh hujung minggu. Setakat ni tak pernah mengecewakan. Gear shifting pun smooth, takde tersangkut-sangkut.
ABS – Rasa Selamat Masa Membrek
Ciri paling best bagi aku – mestilah sistem ABS tu. Kalau sebelum ni brek emergency kadang-kadang tayar boleh gelincir, sekarang dah kurang risau. Aku sendiri pernah kena brek mengejut time jalan basah, nasib baik ada ABS. Memang besar beza dia.
Duduk atas motor ni pun sedap, tak rasa sempit sangat. Meter digital dia cun – boleh nampak info macam rpm, gear, minyak, jam, semua dalam satu skrin. Bab minyak – isi penuh boleh pergi dalam 180 ke 200 km, bergantung macam mana kita bawa la. Cuma tangki dia kecil, kena kerap isi.
Secara keseluruhan, aku rasa Y16ZR ABS ni memang pilihan terbaik kalau korang nak motor yang bukan sekadar cantik, tapi jugak power dan selamat. Memang harga dia agak tinggi sikit berbanding kapcai biasa, tapi bila dah pakai,
Penutup:
Kalau korang tengah fikir nak upgrade motor, aku memang syorkan cuba Y16ZR ABS ni. Memang tak rugi. Sekali bawa,
Kategori | Maklumat |
---|---|
Jenis Enjin | 4-lejang, 1-silinder, SOHC, penyejukan cecair |
Kapasiti Enjin | 155 cc |
Teknologi VVA | Ya (Variable Valve Actuation) |
Kuasa Maksimum | 17.7 hp @ 9,500 rpm |
Tork Maksimum | 14.4 Nm @ 8,000 rpm |
Transmisi | 6-kelajuan |
Sistem Bahan Api | Suntikan bahan api (Fuel Injection) |
Penghidup | Elektrik |
Sistem ABS | Ya (pada brek hadapan sahaja) |
Brek Hadapan | Cakera hidraulik 2-piston dengan ABS |
Brek Belakang | Cakera hidraulik biasa |
Suspensi Hadapan | Teleskopik |
Suspensi Belakang | Lengan buai + monoshock |
Saiz Tayar Depan | 90/80-17 |
Saiz Tayar Belakang | 120/70-17 |
Jenis Rim | Sport (Aloi) |
Lampu | Sepenuhnya LED |
Paparan Meter | Digital penuh |
Smart Key (Keyless) | Ya |
Butang Engine Cut-Off | Ya |
Mod Parking | Ya |
Kapasiti Tangki | 5.4 liter |
Berat | 119 kg |
Tinggi Tempat Duduk | 795 mm |
Panjang x Lebar x Tinggi | 1,975 x 665 x 1,085 mm |
Jarak Roda | 1,290 mm |
0 comments:
Post a Comment