Tuesday, May 14, 2024

Published May 14, 2024 by Administrator with 0 comment

Yamaha Y16ZR ABS – Power, Bergaya & Rasa Selamat

Salam pembaca. Kali ini ada nak cerita tentang motosikal baru dibeli iaitu yamaha Y16zr abs pada pertengahan Mac 2024.  Dah masuk beberapa bulan jugak aku pakai Yamaha Y16ZR ABS ni, dan serius aku cakap, memang puas hati! Sebelum ni aku pernah jugak guna motor lain Honda Dash 110 tapi bila naik Y16ZR ABS ni, terus rasa lain macam. Lagi-lagi sebab dia ada ABS, memang rasa confident habis bila bawa.


First sekali, yang buat aku jatuh hati dekat motor ni – mestilah rupa dia. Design dia tajam, garang, dan nampak sporty. Lampu depan belakang semua LED, terang elok waktu malam. Boleh kata, memang motor ni ada aura tersendiri.

Dengan enjin 155cc VVA, memang terasa power dia. Nak potong kereta? Senang. Nak bawa laju kat highway? Steady. Aku selalu ulang-alik kerja dengan motor ni, dan kadang-kadang bawak ride jauh hujung minggu. Setakat ni tak pernah mengecewakan. Gear shifting pun smooth, takde tersangkut-sangkut.





ABS – Rasa Selamat Masa Membrek

Ciri paling best bagi aku – mestilah sistem ABS tu. Kalau sebelum ni brek emergency kadang-kadang tayar boleh gelincir, sekarang dah kurang risau. Aku sendiri pernah kena brek mengejut time jalan basah, nasib baik ada ABS. Memang besar beza dia.

Duduk atas motor ni pun sedap, tak rasa sempit sangat. Meter digital dia cun – boleh nampak info macam rpm, gear, minyak, jam, semua dalam satu skrin. Bab minyak – isi penuh boleh pergi dalam 180 ke 200 km, bergantung macam mana kita bawa la. Cuma tangki dia kecil, kena kerap isi.

Secara keseluruhan, aku rasa Y16ZR ABS ni memang pilihan terbaik kalau korang nak motor yang bukan sekadar cantik, tapi jugak power dan selamat. Memang harga dia agak tinggi sikit berbanding kapcai biasa, tapi bila dah pakai, 

Penutup:

Kalau korang tengah fikir nak upgrade motor, aku memang syorkan cuba Y16ZR ABS ni. Memang tak rugi. Sekali bawa, 


Spesifikasi Yamaha Y16ZR ABS (Malaysia)
Kategori Maklumat
Jenis Enjin4-lejang, 1-silinder, SOHC, penyejukan cecair
Kapasiti Enjin155 cc
Teknologi VVAYa (Variable Valve Actuation)
Kuasa Maksimum17.7 hp @ 9,500 rpm
Tork Maksimum14.4 Nm @ 8,000 rpm
Transmisi6-kelajuan
Sistem Bahan ApiSuntikan bahan api (Fuel Injection)
PenghidupElektrik
Sistem ABSYa (pada brek hadapan sahaja)
Brek HadapanCakera hidraulik 2-piston dengan ABS
Brek BelakangCakera hidraulik biasa
Suspensi HadapanTeleskopik
Suspensi BelakangLengan buai + monoshock
Saiz Tayar Depan90/80-17
Saiz Tayar Belakang120/70-17
Jenis RimSport (Aloi)
LampuSepenuhnya LED
Paparan MeterDigital penuh
Smart Key (Keyless)Ya
Butang Engine Cut-OffYa
Mod ParkingYa
Kapasiti Tangki5.4 liter
Berat119 kg
Tinggi Tempat Duduk795 mm
Panjang x Lebar x Tinggi1,975 x 665 x 1,085 mm
Jarak Roda1,290 mm
Read More
      edit