Friday, August 14, 2020

Published August 14, 2020 by Administrator with 0 comment

Percutian keluarga ke Cameron Highland

Dunia masih lagi terhimpit di celah pandemik covid-19 dan kita masih belum mengetahui bilakah akan ada pengakhiran wabak ini. Sektor perlancongan seolah2 lumpuh dan tiada lagi kedatangan pelancong luar dan banyak hotel-hotel yang kedengaran telah menutup operasi mereka. Bumi semakin tua..dan tuhan sedang menguji.. itulah yang dapat ku tafsirkan. Ku tinggalkan dahulu cerita pandemik ini.. 

Kali ini aku cuba berkongsikan sebuah cerita percutian ringkas bersama keluarga setelah berapa lama tidak meluangkan masa bercuti dengan anak-anak. Destinasi yang di tujui kali ini adalah di Cameron Highland yang mana kalau masa perjalanan di ambil adalah lebih kurang selama satu jam setengah hingga ke dua jam.

Di blog ini juga aku pernah kongsikan cerita perjalanan bersama kawan-kawan dengan menaiki motosikal disini ke cameron Highland




Percutian di masa pandemik ini banyak bezanya di waktu dahulu dimana penjarakan sosial amat di titik beratkan agar mengikuti SOP penjarakan sosial. Makanan di bawa sebagai bekalan kerana bimbang berlakunya kesesakan.. 

Destinasi yang di tujui juga tidaklah begitu banyak cuma pergi ke taman lebah dan ladang teh untuk anak2 mengambil gambar.. dan sempat juga singgah untuk membeli ole-ole untuk di bawa pulang.

Apa yang penting kali ini adalah untuk menghirup udara segar di tanah Cameron Highland serta merasai kesejukan di tanah tinggi ini. Cukuplah cerita ini di sini sahaja dan kusimpan kenangan gambar untuk tatapan di lain waktu..




















Read More
      edit

Thursday, May 28, 2020

Published May 28, 2020 by Administrator with 0 comment

Penghulu segala hari - Doa Jumaat



Hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. 

Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Hari Jumaat juga dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.W.T. 
Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
Read More
      edit

Saturday, April 25, 2020

Published April 25, 2020 by Administrator with 0 comment

Panduan Ibadah Puasa di bulan Ramadan

Pengertian 
Pengertian puasa Ramadan menurut syariat Islam adalah suatu amalan ibadah yang dilakukan dengan menahan diri dari segala sesuatu seperti makan, minum, perbuatan yang membatalkan puasa mulai dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari yang disertai dengan niat kerana Allah SWT, dengan syarat dan rukun tertentu.



Niat Puasa
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Syarat Wajib Puasa :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu
Read More
      edit

Thursday, April 23, 2020

Published April 23, 2020 by Administrator with 0 comment

Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H/2020M

April 23 - Selamat Menyambut Bulan Ramadan di mana Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2020) mulai pada tarikh 24 April 2020 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1441 (Hijrah).

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2020 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen.

Tahun ini bulan Ramadahan adalah berlainan dari tahun sebelumnya dimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac masih di teruskan sehingga 12 Mei dan kita tidak mengetahui sama ada perintah kawalan pergerakan akan diteruskan selepas ini, memandangkan isu Covid-19 masih belum reda.



Nampaknya selepas PKP, normal baharu pastinya akan berlaku di mana kita akan mengamalkan amalan 'sosial distancing' atau penjarakkan pergerakan sehingga kerajaan benar2 menemui vaksin atau tiada berlakunya lagi jangkitan.

Memang terasa perubahan ini.. dan apa yang jelas disini ialah kita sedang diuji..
Read More
      edit

Thursday, January 16, 2020

Published January 16, 2020 by Administrator with 0 comment

Mulanya perubahan baharu di tahun 2020

16 Jan - Shah Alam. Permulaan baru di tahun baharu bila aku di tawarkan jawatan di sebuah tempat yang jauh tapi tidak terasing bagi aku iaitu UiTM dihatiku. Jauh dari tempat halaman dan aku akan mencuba untuk harunginya demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Semoga langkah yang aku lalui merupakan pilihan yang terbaik.


Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Pasti akan merindui tempat kerja lama bersama teman-teman
Read More
      edit

Saturday, October 19, 2019

Published October 19, 2019 by Administrator with 0 comment

Meraikan Zara Aleesya di Hari Kecemerlangan Pasti Seri Iskandar 2019

16 Oktober - Hari ini aku meluangkan sedikit masa untuk meraikan program Hari Kecemerlangan Pasti bagi kawasan Seri Iskandar. Lokasi ini di buat berhadapan dengan Pasti Al-Furqan kerana mempunyai kawasan taman di hadapannya dengan mendirikan beberapa khemah.

Zara merupakan anak bongsu yang mana sebelum ini belajar di Tadika Perpaduan. Disebabkan mudah untuk urusan mengambil dan menghantar jadi aku masukkan Zara ke Pasti. Alhamdulillah, kini sudah ke penghujung tahun dan akan menutup kalendar persekolahan. Tahun hadapan Zara akan berumur 6 Tahun, jadi aku bercadang untuk meneruskan Pengajianya di situ.













Read More
      edit

Tuesday, July 30, 2019

Published July 30, 2019 by Administrator with 0 comment

Rezeki ikan Bawal Gajah di Pulau Sembilan

Julai 30, 2019 - Satu komplot seramai 5 anggota, meneruskan misi dengan menjelajah lubuk ikan di sekitar perairan Pulau Sembilan. Memang tidak dinafikan Pulau Sembilan merupakan syurga bagi kaki pancing tetapi kadang kala lubuk ini tidak menjanjikan seribu harapan.

Jadi harapan tinggi, tidaklah di pertaruhkan bagi komplot kali ini. Kami gunakan khidmat bot Tekong Lee dengan teknik bottom berserta apollo bagi menarik hasil dasar. Jadi gambar dibawah untuk dijadikan memori selama seharian memancing. 










Read More
      edit