Wednesday, November 29, 2017

Published November 29, 2017 by Administrator with 0 comment

Aktiviti Memancing Sepit Biru di Sungai Rubana Teluk Intan


Aktiviti memancing aku di teruskan lagi.. kali ini adalah misi memburu sang sepit biru / Jenggo yang dikenali sebagai Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii. Sebenarnya trip kali ini atas pelawaan sahabat sepejabat iaitu Zulmetall yang memang berpengalaman dalam aktiviti memancing sepit biru ini... turut menyertai ialah 2 orang sahabat Jentt dan Mihar. Sebelum ini bila melihatkan kawan-kawan yang bergambar bersama jenggo ini membuatkan hati aku terbakar juga.. itu yang membuatkan aku terdetik untuk mencuba.


Pagi itu.. kami sempat menyinggah sarapan, aku mengambil nasi lemak bersama kopi O panas.. di gerai yang bersebelahan masjid taqiyudin sebelum sampai ke jeti Ulu Dedap. Sampai di jeti.. Bot telah tersedia.


Melihatkan air yang jernih kehijauan.. adalah waktu yang kurang sesuai menurut abg Zul kerana kebiasaannya air yang keruh adalah lebih baik, tetapi alang2 dah sampai terpaksa kami teruskan.

Peralatan

  1. Batang pancing dan Joran untuk memancing udang biarlah jenis ringan, lembut dan mudah melentur. Joran halus sebaiknya dalam 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10lb. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. 
  2. Kekili tidaklah perlu besar. 
  3. Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat situasi / lokasi anda memancing.
Zulmetall mendapat lesen terlebih dahulu

Lesen pertama aku (Jenggi)


Pada aku yang pertama kali memancing udang.. kepantasan perlu ada bila udang mula memakan umpan, kelembutan bila menarik naik dan kesabaran kalau udang terlucut.. itulah pengalaman yang aku alamai.






Bila melihatkan gumpalan awan yang mulai kehitaman.. kami mula menyusur untuk ke jeti. Hasil untuk trip kali ini Alhamdullilah.. bolehlah untuk dibuat makan bersama keluarga.. Sekian..




      edit

0 comments:

Post a Comment