Sunday, October 14, 2018

Published October 14, 2018 by Administrator with 0 comment

Aktiviti memancing di Pulau Sembilan Oktober 2018

Merasai pengalaman memancing bersama mentor-mentor Pulau Sembilan pada oktober 2018. Trip kali ini menggunakan khidmat tekong Lee dengan menaiki bot di jeti Kg Permatang Manjung seawal 8.00 pagi. Team komplot adalah aku, zulmetall, jentt, pejal dan mihar.


Ini merupakan trip kedua aku memancing di perairan Pulau Sembilan. berbekalkan set pancingan bottom dan jigging. Alhamdullilah sepanjang aktiviti kami cuaca amat baik walaupun kami turun pada musim hujan.


Lokasi pertama kami di karang tinggi dan hasil tangkapan pertama oleh mihar dengan paridah.


Jentt pula bersama jenahak




Mencuba nasib di laluan kapal dengan menggunakan teknik apollo tetapi tidak berapa menjadi.. bila melihatkan kapal yang berlabuh secara dekat terasa begitu besar.. berbanding dengan bot kami. Setelah lama mencuba kami mulai berpindah ke tempat lain kerana mengejar masa.






Permandangan indah di sekitar pulau sembilan amat mengasyikkan, sempat juga aku merakamkan suasana yang tenang ketika ini. Selain memancing, dapat menikmati suasana yang menarik ketika matahari menghampiri petang cukup berharga.





Walaupun trip kali ini, hasil yang di naikkan tidak seperti yang diharapkan tetapi yang penting  pengalaman berharga dapat disemadikan untuk memori indah buat tatapan di masa hadapan. Sekian Terima kasih



      edit

0 comments:

Post a Comment